Wednesday, February 16, 2011

cause thats what friends are suppose to do

hari ni adalah hari malas sedunia mungkin..atau aku saja yg terasa terlalu berat hati untuk memandang walaupun sejenak pada buku-buku pelajaran yg bersepah di atas meja itu??mungkin tidak,kerana rakan sebilik aku juga sama tahap pemalasnya seperti aku..yang pastinya,masa untuk ber'muka buku' adalah lebih diutamakan walaupun tests sedang beratur menunggu giliran untuk diberi perhatian..kadang-kadang,sesuatu perkara itu,sekiranya terlebih-lebih menuntut perhatian akan membuat seorang manusia lemah seperti aku berasa jelak dan muak..betul laa seperti cheryl cole tu ckp dalam lagu dia yg meletup tu-"too much of everything can make you sick,even the good can be a curse!"

minggu hadapan,tests berjabu(banyak) menanti aku..tapi,seperti yang aku nyatakan tadi,aura untuk mentelaah pelajaran belum menunjukkan muka..aku tahu sekiranya aku tidak perform untuk tests ni,aku akan screw up aku punya result peperiksaan akhir semester ini..tp procrastination itu tetap memainkan peranannnya dengan begitu hebat dalam diri aku..sudahlah dengan perkara dunia ini..rasa seperti mahu bervakasi(vacation) di pulau-pulau seperti mabul atau maldives..

tp mak aku selalu cakap,kalau nak senang pada masa depan,kita perlu bersusah dahulu sekarang..jadi,angan-angan untuk bercuti dan bermalas-malasan di pulau seperti maldives haruslah didahului dengan kesusahan yakni mengulangkaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan memandangkan Malaysia merupakan exam-oriented country di mana pelajar-pelajar cemerlang diberikan keutamaan dalam hierarki pekerjaan(post)..apabila mendapat keputusan peperiksaan yg cemerlang,makanya insya-ALLAH akan mendapat pekerjaan bergaji lumayan,jadi insya-ALLAH angan-angan untuk bercuti di pulau seperti maldives atau mabul pastinya menjadi kenyataan..bukan sahaja pulau maldives,mungkin juga negara-negara eropah boleh dilawati..

jadi apa kata kita bersama-sama mengulangkaji pelajaran demi masa hadapan yang cerah secerah sinaran matahari pada jam 12 tengah hari hari-hari..ok cukuplah setakat ini dahulu untuk hari ini..mari kita lihat tests yang menanti untuk diberi perhatian dan kasih sayang

20/2/2011- soil engineering
21/2/2011- building services engineering
25/2/2011- structure lab
26/2/2011- further maths for engineers
26/2/2011- soil mechanics lab
28/2/2011- building services lab
05/2/2011- fluid mechanics

oh bahagianya!

1 comment:

  1. nab, thanks sebab siap buat tarikh. boleh refer gitu! HAHA

    ReplyDelete